Sunday, July 1, 2007

Future Malaysian Neuroscientist?

Utusan Malaysia 29 Jun 2007 (Timur)

2 pelajar USM catat sejarah

KOTA BHARU 28 Jun - Dua penuntut Sarjana Sains Neuro, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian mencatat sejarah apabila terpilih menyertai program kajian berkaitan bidang berkenaan di peringkat antarabangsa.

Dua penuntut sarjana tersebut, Mohd. Nor Azim Ab. Patar, 24, dan Rahida Mohd. Shadli, 26, terpilih setelah kajian mereka mendapat pengiktirafan badan penyelidikan antarabangsa yang membolehkan mereka menyertai program dan kursus intensif dalam bidang sains neuro.


MOHD. Nor Azim Ab. Patar dan Rahida Mohd. Shadli berbincang mengenal kajian kecederaan otak dan tulang belakang di Kampus Kesihatan, USM Kubang Kerian, Kota Bharu, semalam.

Mohd. Nor Azim yang kini meneruskan pengajian dalam bidang kecederaan otak dan tulang belakang di PPSP, mendapat tajaan Pertubuhan Penyelidikan Otak Antarabangsa yang beribu pejabat di Switzerland.

Dengan penajaan itu, beliau akan mengikuti kursus di State University Ohio, Anierika Syarikat, selama sebulan mulai 6 Julai hingga 6 Ogos depan.

Mohd. Nor Azim juga merupakan antara 16 penuntut dari seluruh dunia yang terpiih dan satu-satunya pelajar tunggal dari negara ini mendapat tawaran kursus berprestij itu.

Beliau yang ditemui berkata, peluang tersebut akan dimanfaatkan sepenuhnya dengan memberikan tumpuan untuk mendapat sebanyak mungkin pengalaman dan pendedahan menerusi kursus itu.

Katanya, ini kerana peluang mengikuti kursus di universiti tersebut cukup berharga kerana di situlah terkumpulnya ramai pakar perubatan yang terlibat dalam rawatan kecederaan otak dan tulang belakang.

Beliau ditemui selepas majlis perasmian Bengkel Pengenalan Sains Neuro anjuran Jabatan Neurosains PPSP, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia di sini hari mi.
Mohd. Nor Azim yang berasal dan Kota Bharu berkata, beliau sebelum ini berpeluang mengikuti kajian kecederaan otak dan tulang belakang secara praktikal di Universiti Tarbiat Modaras, di Tehran pada tahun 2006.

Kemampuan beliau menguasai pengajian dalam bidang tersebut juga membolehkannya menyertai Konvensyen Kyoto di Jepun tajaan Elsevier, sebuah syarikat antarabangsa yang mencetak dan mengeluarkan bahan serta jurnal sains.

Berikutan pelbagai peluang yang diperoleh itu, Mohd. Nor Azim berazam untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat doktor falsafah.

Bagi Rahida pula, beliau mendapat tawaran untuk membentangkan kertas keija berkaitan di Program Musim Panas Institut Sains Otak RIKEN di Kyoto, Jepun.

Katanya, peluang menyertai program itu dapat menambahken pengetahuan dan pengalaman terutamanya dalam mengendalikan kes trauma berpunca daripada kecederaan otak pada masa hadapan.

“Saya akan menumpukan kepada bidang kajian psikologi neuro serta kesan akibat kecederaan otak yang merupakan minat saya selama mi,” jelasnya.

Congratulation to En Azim (for making a headline) :D, and Bon Voyage. Take care Bro

p.s.
Sorry Azim, I have to publish this article although u didnt let me hehe. Its for your own good, Im digitizing it, and making sure it lasted for long, so u can show this to yr grandchildren in the future, InsyaAllah

6 comments:

zafi said...

say my tahniah to azim...
proud with him.. and soon you plak ...
best of luck!

mar said...

wahhh..really proud of u azim...(even he might not read this comments)...
chayokkk...PPSK student really great!!
so apis, next ur turn!

H said...

Azim said thanks to Zarul and Mar for your wishes
I am nothin compared to him

Mar said PPSK refering to School of Health Sciences (sains kesihatan), Harap Maklum Zarul hehe
Comp Science student are great as well, I know one in RHUL.

Anonymous said...

To Hafiz, Zarul & Mar,

Thanks for the compliments.Its normal.Nothing to be proud off(ade la sket,coz first time kan). Tell U what ,I was presented with opportunities and I grabbed them. Since the opportunities is hard to come by, I try to find reasons to like doing them.Dont worry your turn will be next.Who's first?

PS: Am sorry not being frequent visit this page due to workload, gossip yg lebih penting dan sbg. Anyway, thanks..

To Hafiz,

Thx bro..great.really terharu dan proud. remember, when comes round goes around.I will work out on it if anything peculiar things happened on you!~

Best Rgs,
Azim

H said...

U dont need to apologize for not being a frequent visitor,
it is something u should be proud of
Im just sharing the great news, not hoping for anything in return

leadershipbenchmark said...

Dear All,

I would like to be in contact with Mr Azim for one talent project. Can anyone of you or even Azim himself SMS the phone number to me (Naim Jaafar) at 0162944286

Thanks

Ahmad Naim Jaafar
TALENT DEVELOPMENT CONSULTING